menjana duit dengan blog

Wednesday, 16 March 2016

PERTANIAN UNTUK HASIL DIRI SENDIRI

ASSALAMUALAIKUM

hari ni saya tulis blog pasal bercucuk tanam pulak hahaha. ok pada tengah hari td saya kebelakang rumah.. ala saje nak tenguh tanaman.. huhuh.. antara tanaman yang ditanam di belakang rumah saya adalah seperti pokok kelapa,rambutan,durian,ubi kayu,pisang,petai,jering,limau kasturi,pandan,. tak lah banyak jenis cuma yang saya nampak hasilnya apabila antara pokok tersebut membesar dan dapat hasil. Bukan sahaja dapat merasa makan atau minum dari nikmat tu. bahkan boleh hasilkan duit. contoh yang terdekat dibelakang rumah saya ni sahaja boleh mendapatkan sejumlah wang. tak banyak la cuma klau jumplah yang banyak mungkin dapat wang lebih banyak. antaranya ialah pokok kelapa.

saya target kalau sebulan saya akan turunkan semua buah kelapa dibelakang rumah saya. sebab saya nampak ruginya kalau kita tak makan tak guna.. sebabnya hanya keluarga saya sahaja yang nikmati hasilnya. padahal sebatang pokok kelapa apabila sudah masak buahnya setandan boleh mencecah 7 hingga 8 biji yang jadinya. keluarga saya hanya 4 orang sahaja. dan kami kuranglah menggunakan isi kelapa sebgai makanan harian kami.

harga sebiji kelapa masa kini boleh mencecah RM1.20 hingga ke RM1.50 ikut saiz buah.kalau ada 100 biji buah kelapa.. lumayankan? cuma dekat sini kenalah rajin mengait dan mengupas kelapa. jangan sangka buah kelapa tiada harga. kerana dipasar ramai orang yang memerlukannya antaranya pasaraya ada yang menjual santan, restoran pelbagai makanan menggunakan isi kelapa santan.. dan yang terbaru cocounut shake. ha nampak tak kita boleh memperolehi duit dengan mudah kalau kita banyak berusaha ditanah sendiri dan rajin.

tengok gambar saya di belakang rumah tengah hari td :)

                                             berselfie dulu sebelom ketip hasil :)


                                                    antara pokok kelapa yang ada hasil



                                                     parang untuk mengupas



                                                    and last.. Bomm hahah


Maaf la saya tak ambil gambar pengait buah kelapa. semua orang tahu terutama oang kampung macam saya :)

selain itu juga saya dapat hasil dari pokok ubi kayu dari pucuknya boleh di masak. antara lauk kegemaran saya gulai pucuk ubi dengan ikan masin. hehe..

ni ha tgk gambarnya hasil cucuk je dekat tanah dan dapat hasil
pucuk ubi yang telah di petik


ok itu sahaja saya nak samapaikan pada hari ni tentang pertanian hasil untuk diri sendiri. lihat gmbar terakhir tu. bukan pucuk ubi sahaja yang saya peroleh. terdapat buah pisang dan petai juga :)
seronokkan? hahaha


sekian laporan dari saya, seventies rider penyibuk